TRAVELOG
ADTEC KULIM
Assalammualaikum pada para pembaca,pada
tanggal 1 Januari 2017 adalah hari paling bermakna bagi saya kerana dapat
melapor diri di Pusat Latihan Teknologi Tinggi(ADTEC) Kulim, Kedah Darul
Aman.Saya berasa terharu kerana pihak institut memberi peluang kepada saya
untuk menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang teknologi
telekomunikasi.Saya juga bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan
yang Maha Esa sebab terpilih daripada 30 orang yang ditemuduga dan saya tersenarai
dalam 12 orang yang berjaya menyambung pengajian diploma di ADTEC Kulim.Saya
merupakan pelajar lepasan Sijil SKM Tahap 3 di Institut Latihan
Perindustrian(ILP) Pedas.Saya telah menamatkan pengajian di Institud Latihan
Perindustrian(ILP) Pedas pada tarikh 16 Disember 16 dengan tempoh pengajian
selama 1 Tahun 6 Bulan dan memulakan pengajian di ADTEC Kulim pada tarikh 1
Januari 2017 dengan tempoh pengajian 1 Tahun dan 6 Bulan praktikal.
Surat
tawaran daripada ADTEC Kulim.
Sebelum memasuki Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim,saya telah membuat persiapan iaitu medical
checkup di sebuah kllinik swasta dan ianya mengambil masa selama 1 jam untuk
menunggu keputusan tersebut daripada doktor yang telah memeriksa saya.Bagi yang
tidak berkemampuan melakukan medical checkup di klinik swasta,bolehlah membuat
di klinik kerajaan dengan kos yang rendah tetapi mengambil masa yang agak lama.
Setelah siap semuanya saya telah
menyiapkan pakaian yang ingin dipakai pada hari pendaftaran dan pakaian untuk
saya bawa ke ADTEC Kulim nanti.Saya juga telah
menjahit seluar slack hitam yang koyak supaya tidak membazirkan wang
saya untuk membelinya lagi.Saya juga telah membeli barang makanan dalam
kuantiti yang sedikit dan juga barang keperluan untuk digunakan di ADTEC Kulim
nanti.
Saya juga telah dikunjungi oleh sanak
saudara yang terdekat dan memberikan sedikit nasihat kepada saya agar
menyediakan barang dengan secukup yang mungkin kerana mereka telah mengalami
pengalaman belajar di tempat yang agak jauh dari tempat tinggal.Sepupu saya
pernah ke ADTEC Kulim untuk menghantar barang dan dia pun berceritalah serba
sedikit tentang ADTEC Kulim ini dengan lokasinya yang agak pedalaman dari
penempatan orang dan jauh dari kawasan bandar besar Kulim.Pada mulanya saya
tidak mempercayai apa yang telah diceritakannya tetapi katanya baik ambil tahu
apa yang telah diceritakannya pada saya.Sebenarnya saya dalam keadaan
gemuruh,ini kerana saya tidak pernah pergi belajar sejauh ini.Sebabnya saya
risau akan menyusahkan keluarga saya untuk mengeluarkan perbelanjaan yang
banyak untuk menanggung pengajian saya selama setahun di ADTEC Kulim.
Disini saya akan cuba membina sebuah
legasi.Ini adalah sebuah impian saya sepertimana yang telah saya ciptakan di Institut
Latihan Perindustrian Pedas (ILP) Pedas,saya akan cuba sedaya upaya walaupun
saya bermula daripada bawah.In Sha Allah Aaaminn.Setelah semua barang yang
telah siap packing seperti fotostet,pakaian,makanan,peralatan dan
seangkatannya.Saya pun menyiapkan barang pada satu sudut dihujung bilik supaya
mudah untuk saya mengambilnya nanti, untuk memudahkan saya masukkan kedalam
bonet kereta.Saya telah menggunakan waktu yang terluang untuk bersama keluarga
tersayang dengan sebaik yang mungkin.Saya berasa berat untuk meninggalkan
keluarga saya terutama adik bongsu saya kerana dia sangat manja dengan saya
selama ini.
Pada tanggal 31 Disember 2016,lebih
kurang Jam 8.00 pagi saya sekeluarga bergerak ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) kulim,Kedah Darul Aman.Bagi sesiapa yang ingin menghantar anak mereka
ke ADTEC Kulim,saya ingin memberitahu tempoh perjalanan memakan masa selama 8
jam.Untuk memudahkan perjalanan,saya mencadangkan tuan/puan menggunakan
Lebuhraya Raya Plus Utara-selatan.Ia dapat menjimatkan masa tuan/puan untuk ke
ADTEC Kulim.Sebenarnya saya memulakan perjalanan dari Melaka dan ianya agak
memakan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.Sebelum tuan/puan memulakan
perjalanan,pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang anda
naiki.Seperti tekanan tayar,servis enjin dan berkaitan dengan pemeriksaan
automotif.Bagi sesiapa yang menggunakan perkhidmatan awam tidaklah perlu untuk
membuat pemeriksaan tersebut.Bagi yang menggunakan laluan lebuhraya pastikan
bajet anda mencukupi untuk membayar tol dan
juga bajet untuk mengisi minyak kenderaan anda.Pastikan anda memandu
kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan.Bagi anda yang menaiki motosikal
tidaklah perlu risau kerana bajet tidak begitu besar dan jimat tetapi mempunyai
risiko yang tinggi kerana maklumlah perjalanan yang agak jauh mempunyai
pelbagai dugaan dan halangan contohnya,hujan,panas terik,kenderaan yang
bergerak laju dan sebagainya.Saya begitu hormat dengan golongan ini kerana
berani menyahut cabaran ini demi menuntut ilmu di negeri orang.
Dalam
perjalanan.
Dalam perjalanan yang agak jauh dan
memenatkan,anda perlulah berhenti berehat di rnr.Saya sekeluarga berehat di rnr
Tapah sambil menikmati pemandangan dan kelazatan bekalan makanan yang kami bawa
dari rumah.Bekalan yang kami bawa adalah nuggets,nasi,sambal ikan
bilis,sosej,kari kambing,ayam goreng,air mineral dan sejenis dengannya.Saya
cadangkan anda untuk membawa bekalan makanan dari rumah kerana dapat
menjimatkan wang perbelanjaan kita sepanjang perjalanan yang agak jauh yang
memerlukan perbelanjaan yang banyak.Saya tidak cadangkan anda untuk makan di restoran yang berada di rnr, ini
kerana harga yang ditawarkan agak mahal untuk kita membelinya.
Sepanjang perjalanan, saya terlihat
satu kemalagan kereta di satu kawasan yang saya tidak ingat.Pemerhatian saya
agak teruk juga keadaan mangsa.Disini saya nasihatkan anda sentiasa memandu
berhati-hati sepanjang perjalanan anda ke ADTEC Kulim.Bak kata pepatah “biar
lambat asal selamat” .Sepanjang perjalanan saya,saya ternampak satu pemandangan
yang agak cantik untuk kita ratapi iaitu sawah padi yang menghijau.Kalau anda
nak tahu negeri Kedah adalah negeri yang terkenal dengan sawah padi dan
pengeluar beras terbesar jugalah di Malaysia.Ianya agak unik untuk kita lawati.Saya
sekeluarga sungguh terpegun melihat pemandangan tersebut kerana tidak pernah
melihat sebelum ini.
Pemandangan
padi.
Tepat Jam 4 petang,saya sekeluarga
sampai di ADTEC Kulim dan saya sekeluarga menginap di homestay berdekatan.Pada
keesokannya sampainya saya di ADTEC Kulim saya melihat kawan-kawan yang telah
sampai dan mereka sedang bersiap-siap untuk mendaftar dan mereka menolak saya
pergi dahulu ke kaunter pendaftaran.Sebenarnya saya berasa gugup ketika berada
di kawasan ADTEC Kulim.Setelah memberi semua borang-borang yang dikehendaki,
saya pergi untuk menangkap gambar untuk membuat kad matriks.Setelah itu saya
memberi borang pendaftaran dan borang Pinjaman PTPK kepada pegawai yang
bertugas pada hari pendaftaran berikut.Selepas itu,saya pergi ke kaunter untuk
mencuba saiz baju dan seluar untuk kegunaan sepanjang mengikuti latihan di
ADTEC Kulim nanti.
Sebelum keluarga saya balik,ibu dan
ayah telah menangis kerana saya berjauhan dari mereka,saya pun menenangkan
mereka dan menyuruh mereka bersabar dengan ujian daripada Allah ini.Hanya
setahun sahaja saya berada di ADTEC Kulim ini, In Sha Allah saya akan cuba
untuk menjadi kuat untuk menempuh segala rintangan yang akan saya lalui untuk
mencapai segulung diploma teknologi telekomunikasi.Semoga segala impian yang
saya harapkan akan tercapai dan dapat membalas jasa kedua orang tua saya.Sekian
daripada saya,Terima Kasih kerana sudi membaca Travelog yang tak seberapa
ini.hahahahaha
No comments:
Post a Comment