Monday, 2 January 2017




         TRAVELOG KE ADTEC KULIM

        Pada 8 desember 2016 saya telah menerima tawaran kemasukan untuk memasuki pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC) kulim.selepas menghabiskan pengajian di institut latihan perindustrian(PEDAS),saya dan keluarga membuat perancangan untuk menghadiri sesi kemasukan di peringkat diploma di institut latihan jabatann tenaga manusia(ILJTM)bagi sesi januari 2017 pada tarikh 1 january  2017 di pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC) kulim,kedah darul aman.

        Saya dan keluarga telah merancang pejalanan kami dari shah alam ke pusat latihan teknologi tinggi(ADTEC)kulim,,kedah darul aman,pada 30 disember 2016 bergerak pada pukul 8 pagi.sebelum bergerak pada hari yang ditetapkan semua persiapan perlu di siapkan dengan lengkap agar tidak kelam kabut bila tba hari yang di tetap kan.kenderaan motosikal pula saya dan ayah saya merancang untuk membawa menggunakan hilux.

        Pada 16 disember 2016,saya membuat medical checkup di klinik kesihatan bukit kuda,klang,Selangor.pada pagi jam 8 pagi,saya membuat apoiment dengan doktor bertugas.saya diminta membuat pemerikasaan dada,urine ,gigi,dan macam-macam lagi.pada pagi saya hanya sempat membuat pemerikasaan mata ,urine,dan dada.pada belah petang saya membuat pemerikasaan gigi.selesai semua itu,saya perlu datang semula pada 22 disember 2016 untuk mengambil keputusan pemeriksaan dan untuk pemerikasaan terakhir dengan doktorpada tarikh yang telah di tetapkan 22 disember 2016 jam 2 petang saya datang semula berjumpa dengan doctor.selesai semua surat yang telah di tulis dan disahkan oleh doctor pada jam 4 petang.

        Pada keesokan harinya,26 disember 2016 Sebelum membawa kenderaan motosikal di bawa untuk kegunaan saya belajar,saya dan abang saya pergi bengkel membuat pemulihan pada motosikal jika ade berlaku kerosakan atau masalah agar dapat mengelakkan kesulitan atau kemalangan ketika membawa kenderaan.pada petang tersebut saya pergi membeli belah mencari keperluan untuk di bawa ke asrama dan bengkel.pada malamnya saya dan keluarga mencari keperluan pakaian yang diperlukan untuk dibawa ke instiut latihan teknologi tinggi (ADTEC)kulim.

        Pada 28 disember 2016,abang saya telefon saya memberitahu motosikal telah siap diperbaiki di bengkel ,dia menyuruh saya pandu uji membawa motosikal tersebut berjalan jauh.maka saya membut keputusan untuk balik seremban bertemu dengan kawan dan sahabat saya disana untuk mengucapkan terima kasih banyak membantu.tengah hari itu,saya mulakan perjalanan saya dari shah alam ke seremban dan chembong.pada jam 3 petang saya tiba di destinasi dan kebetulan kawan-kawan saya mahu keluar makan dan berjalan santai petang.selepas makan kami berborak di kawasan jalanan sambil cerita yang saya akan sambung belajar di kulim.kawan-kawan banyak memberi pertolongan dan memberi nasihat sebelum saya pulang.pada malamnya saya bergerak ke chembong bertemu sahabat saya yang banyak membantu ketika saya berada di institute latihan perindustrian pedas.selesai bertemu semua rakan di negeri Sembilan saying pulang ke rumah pada jam 11 malam.


            Pada 29 disember kumpulan konvoi saya mengajak untuk mengikuti mereka ke langkawi pada malam tersebut.saya menolak dengan alasan saya akan memasuki kolej pada awal tahun ini.jadi mereka faham dan memberi saya semangat untuk terus belajar saya kata lain kali saya ikot jika masa itu mencukupi pada malam itu kumpulan konvoi itu bergerak dengan membaca doa agar perjalanan selamat.saya pula sekadar untuk mengucapkan berhati-hati dan jaga diri masing-masing.pada 30 disember 2016 jam 11 pagi,saya dapat maklumat bahawa kumpulan permotoran konvoi saya kemalngan dan sahabat saya meninggal dunia.pada mula saya tidak percaya kemudian saya buka telefon rupanya betul.mood saya nak belajar mula hilang sedikit apabila hilang sahabat paling rapat ”haji safwan bin haji mahali”.kemalangan berlaku di jitra,kedah.maka saya berbincang dengan keluarga bahawa keesokan pagi baru gerak ke kulim dengan alasan untuk menhadiri kenduri arwah dan menunggu arwah dari kedah pulang untuk melihat kali terakhir.

             Jam 3 pagi arwah tiba ke rumah di klang Selangor.saya menatap muka arwah untuk kali terakhir mendoakan agar berada dalam golongan beriman dan berjumpa dengan adik beradik arwah untuk mengatakan saya tidak dapat untuk melihat arwah dikebumikan kerana untuk sambung belajar biar pon berat hati ini.hari terakhir untuk pergi belajar menjadi pilu dan sedih.tetapi saya ingat pesan arwah gembira boleh nanti belajar itu penting.maka saya teruskan perancangan saya


             31 disember 2016 jam 8 pagi,keperluan semua sudah sedia.motosikal semua telah berada di atas hilux.kami bergerak dengan bacaan doa dan aya masih sedih tidak dapat melihat arwah dikebumikan.dalam pilu itu,saya tidak mendapat rehat yang cukup kerana sanggup menunggu arwah,maka saya tertido dalam kereta.setibanya di rnr tapah,kami solat zuhur dan berehat seketika.saya membuat panggilan dengan sahabat saya dan bertanya bagaimana sudah selesai kebumikan arwah.mereka kata sudah dalam hati saya”Alhamdulillah”harap dia tenang dan tergolong dalam orang beriman.jam 4petang kami bercadang untuk tido semalam di selama dan berehat secukupnya.


             1 januari 2017 jam 8 pagi,semua sudah bersiap untuk bertolak ke institut latihan teknologi tinggi (ADTEC) kulim.ayah saya membawa kami untuk bersarapan di warung berdekatan untuk mengisi perut.selesai sarapan,kami bertolak pada jam 9 pagi dari selama kedah terus ke ADTEC kulim.jam 10 pagi ,setibanya di ATEC kulim saya dan ayah saya menurunkan motosikal dari hilux kemudian parking di yang telah disediakan.sesudah itu ,ayah saya  parking kenderaan kami berdekatan dengan motosikal.saya bersiap menyusun semua document dan terus membawa keluarga di pusat sumber untuk mendengar taklimat,manakala saya pergi mendaftarkan diri di pusat pendaftaran.semasa mendaftar diri saya berjumpa dengan encik yang menemuduga saya ketika di institut latihan perindustrian pedas dan bertegur dengan memberi salam.pendaftaran selesai sekitar jam 11 pagi.selesi semua itu,saya mengajak keluarga saya untuk pergi ke asrama untuk menghantar barang dan mendaftar.


          Tidak jauh dari tempat parking kami sampai di asrama.saya turun lalu berjumpa dengan warden yang bertugas kemudian mendaftarkan diri untuk mendapat kan bilik.dalam pendaftran saya berjumpa degan kawan-kawan saya yang berada sebelum ini di institut latihan perindustrian pedas dan gembira dapat berjumpa lagi.kami bercadang untuk memilih bilik berdekatan dengan satu sama lain.saya mendapat bilik bersama dengan sahabat saya yang paling rapat dan sama perangai dengan saya.dia tahu kerenah dan prinsip saya maka memudahkan kerjasama kami.  

         Selesai pendaftaran asrama,saya mengajak keluarga saya untuk melihat keadaan bilik dan kawan yang menemani saya selama setahun ini.saya membawa perlatan yang telah saya bawa satu demi satu.dengan pertolongan adik dan ayah saya maka cepatlah kerja dapat dilakukan.setiba di bilik saya mula mengemas dan memasukkan barang ke dalam loker,memasang cadar katil dan mengemas bilik.

        Apabila saya sudah selesai semuanya,ibu dan ayah memesan agar tidak melakukan kerja yang tidak sepatutnya,solat dicukupkan,dan jagalah diri tu dengan elok.saya berterima kasih dengan mak ayah saya salam dan kami mengucapkan selamat tinggal.mak ayah tahu saya pandai jaga dan pertahankan diri Cuma solat tu jaga.

        Akhir sekali saya ingin mengatakan,saya belajar demi ibu bapa saya yang telah menaruh harapan,saya tidak mempunyai hala tuju tanpa mereka.saya mengikut saja ape yang mereka mahu,kerana saya tahu itu saja yang saya boleh bagi.prinsip saya adalah xkisah asalkan mak ayah saya bangga dan saya boleh membantu mereka masa akan dating.kepada arwah “haji safuan bin haji mahali”saya harap agar kau tenang dan tergolong dalam orang beriman.lepas ini tiada gelak tawa mu dapat menggembirakan kami lagi.takziah kepada keluarga arwah.kau seorang sahabat tiada ganti.Al-fatihah.
        

No comments:

Post a Comment