Monday, 2 January 2017

TRAVELOG ADTEC KULIM
 
 
Assalamualaikum. Saya Mohd Fitri Bin Mat Haid, berasal dari kangar Perlis, belajar di ilp kangar selama 27 bulan, berumur 21 tahun dilahirkan pada 11/MEI/1996,saya ingin menceritakan travel log saya ke Adtec Kulim.Kebiasaannya bila kita mengembara atau menuju ke sesuatu tempat yang baru, kita mesti rasa nak simpan segala memori yang kita dapat. Selain daripada untuk berkomunikasi, saya gunakan handphone untuk waze dan menangkap gambar secara mudah dan juga untuk menaip segala aktiviti ataupun perkara yang menarik. Ini akan menjadi jurnal digital saya kalau rasa macam malas nak menulis secara manual. 

Setelah mendapat berita Pada tarikh 8/12/2016 yang saya diterima untuk melanjutkan pengajian diperingkat diploma saya dan keluaraga amat gembira.  

Pada tarikh 12/14/2016 saya telah pergi ke pusat cyber untuk print segala borang yang ingin digunakan, setelah siap print segala borang, dalam perjalanan balik ke rumah hujan turun dengan lebat dan segala borang yang saya print basah dan saya amat kecewa dan hampir untuk berputus asa untuk tidak melanjutkan pengajian, apabila dipikirkan kenapa saya nak berputus asa kerana saya dah berusaha mungkin ada hikmahnya apa yang telah berlaku pada saya.  

Pada tarikh 21/12/2016 harinya saya telah pergi ke klinik untuk membuat medical check up, setelah siap semua medical check up pihak klinik memberi tahu urine test saya mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan dan saya amat risau kerana tempoh saya pergi daftar hanya tinggal seminggu dan segala persiapan telah saya siapkan. Keesokan hari nya saya dan keluarga keluar mencari keperluan untuk dibawa ke adtec kulim seperti baju kemeja,seluar slack,kasut kulit dan keperluan-keperluan asas untuk diri sendiri. 
 
Pada tarikh 29/12/2016 saya telah pergi ke pekan alor star untuk mencari safety shoes dan seluar bengkel untuk dibawa ke adtec kulim. Selama sehari kami mencari barang, kami mengalami sedikit masalah iaitu untuk mencari seluar bengkel. Kerana setiap kedai yang kami masuk seluar bengkel tidak mengikut citarasa yang diinginkan. 
 
Pada tarikh 31/12/2016 saya dan keluarga pergi ke rumah mak saudara yang berada di kuala ketil untuk bermalam di situ supaya dekat untuk ke adtec kulim, saya dan keluarga merancang untuk pergi ke adtec kulim sehari sebelum tarikh daftar supaya pada hari pendaftaran kami tidak sesat untuk mencari adtec kulim setelah sampai di selekoh-selekoh tajam mak saya berasa meloya untuk muntah kerana jalannya belok-belok tajam. Setelah sampai di pintu pagar adtec kulim kami disambut dengan mersa oleh penjaga keselamatan dan dia membenarkan kami masuk untuk melihat persekitaran adtec kulim. Setelah siap urusan saya di adtec kulim saya pergi ke pekan mahang untuk melihat persekitaran dan mencari makanan. Saya dan keluarga singgah sekejap diwarung untuk menikmati roti canai buatan orang mahang, ternyata roti canai tersebut amat sedap dan mengenyangkan perut kami sekeluarga. Saya siap bungkus teh panas kepada pergawal keselamatan kerana sikap mereka yang mesra dan baik hati. Setelah kami pulang dari adtec kulim saya terus ke Hi-tech kulim untuk melihat Musc Drag Kulim Grand Finale 2016 jadi berakhirlah bagi tahun 2016. 

Pada tarikh 1/1/2017 pada jam pukul 8.00 pagi saya bertolak dari rumah terus ke pertonas kuala ketil untuk menunggu kawan saya dari perlis untuk bertolak sekali. Saya sampai di adtec kulim lebih kurang pukul 9.45 pagi setelah sampai di adtec kulim saya berasa sangat gembira kerana dapat menyambung pelajaran. 
 
Jadi berakhirlah kisah hikayat travel log ke adtec kulim. 
Jadi bermula la hidup saya sebagai pelajar diploma. 

Mohd Fitri Bin Mat Haid-Group (1)

1 comment:

  1. MASIH LAGI BELAJAR ATAU SUDAH BEKERJA...LG SATU NK TANYA..ANTARA ADTECH DGN JMTI...MANA LEBIH BAIK UTK BELAJAR..DAN PELUANG PEKERJAAN

    ReplyDelete