Monday, 2 January 2017


TRAVELOG ADTEC KULIM


Interview
 
Pada hari isnin saya dan kawan sekelas 28 orang dipanggil oleh ketua bahagian tiba-tiba kerana kami dapat panggilan interview dari adtec kulim. Pada hari selasa saya pulang ke rumah untuk mengambil sijil-sijil dan fail peribadi saya. Pada hari rabu kami 28 orang berkumpul di perpustakaan ILP PEDAS untuk menunggu giliran interview. Pada 2.30 petang saya di panggil untuk di interview bersama kawan saya. Selepas sesi interview kami 28 orang menunggu jawapan interview dari adtec kulim sampai hampir cuti nak semester . Seminggu sebelum cuti semester kami dapat keputusan dari ketua bahagian. Daripada 28 orang hanya 13 orang sahaja yang dapat menyambungkan penggajian di adtec kulim.

MENUNGGU SURAT TAWARAN SAMPAI KERUMAH

Selepas mendapat tahu jawapan dari ketua bahagian dalam beberapa hari kami 13 orang dapat mesej dari adtec kulim. Lepas beberapa hari kemudian saya mendapat surat tawaran sampai ke rumah. Ketika surat tawaran sampai ke rumah saya masih belum cuti semester lagi. Ketika di rumah ayah saya call dan untuk memberi tahu surat tawaran dari adtec kulim sudah pon sampai di rumah.



PERSIAPAN KE KULIM

Selepas kenduri 2 minggu perkahwinan kakak saya, saya mengisi borang dan menyiapkan semua surat pemeriksaan kesihatan, membuka akaun CIMB dan meminta tandatangan ketua kampung untuk menggesahkan borang tersebut. Selepas siap mengisi semua borang, saya menggemas barang-barang dan pakaian untuk berangkat ke kulim. 


PERJALANAN  KE KULIM

Pada hari jumaat lepas saya sekeluarga telah bertolak dari linggi negeri sembilan ke kuala lumpur. Bila sampai di kuala lumpur saya bermalam di rumah kakak sulung saya di ampang. Pada hari sabtu pagi selepas subuh saya dan keluarga saya bertolak dari Kuala Lumpur ke kulim. Semasa dalam perjalanan saya sekeluarga berhenti beberapa petrol pam untuk berhenti rehat, makan dan solat. Selepas berhenti rehat, makan, solat saya dan keluarga saya meneruskan perjalanan ke penang dan tidak berhenti mana-mana R&R. Tiba di penang saya dan keluarga berjalan-jalan dan membeli-belah di penang. Pada pukul 6.00 petang saya dan keluarga meneruskan perjalanan ke homestay kulim. Tiba di homestay saya dan keluarga berehat di homestay kulim selama 1 malam. 


TIBA HARI PENDAFTARAN DI ADTEC KULIM
 
Pada pagi ahad saya dan keluarga bersiap untuk pergi pendaftaran sesi 1/2017 di adtec kulim. Semasa dalam perjalanan ke adtec kulim saya dan keluarga bertolak dari homestay ke adtec menggambil masa 1jam untuk sampai ke adtec kulim. Semasa dalam perjalanan saya dan keluarga ke adtec kami dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Setelah tiba di adtec saya dan keluarga disambut oleh staff adtec kulim dan saya di arahkan pergi ke kuanter pendaftaran dan ibu bapa pula diarah untuk mendengar taklimat ibu bapa. Selepas selesai pendaftran keluarga saya menghantar saya di asrama. Tiba di asrama saya mendaftar masuk dan menggambil kunci bilik. Selepas semua sudah selesai keluarga saya berangkat pulang ke negeri sembilan.




MINGGU SILATURRAHIM

MSR yang sangat seronok kerana dapat berkenalan dengan staff adtec kulim dan kawan-kawan dari ilp lain.

No comments:

Post a Comment