Monday, 2 January 2017


Travel Log

u  Pada 30.12.2016

 

Saya dan keluarga mula bertolak dari rumah jam 9:30 malam dan terus singgah ke rumah makngah di Paroi Jaya kerana makngah sekeluarga turut ingin menghantar saya  ke ADTEC KULIM . Pada tepat jam 10:00 malam kami semua menaiki satu van dan terus memasuki lebuhraya utara selatan (PLUS) . Dalam perjalanan kami di atas ‘highway’ ramai ‘mat motor’ memenuhi jalan raya ter sebut maklumlah kebanyakkan mereka ingin menyambut tahun baru di P.Pinang.

 

u  Pada 31.12.2016

 

Dalam perjalanan ke ADTEC KULIM saya kebanyakkannya tidur kerana penat seharian bekerja . Pada jam 1.30 pagi kami semua berhenti di perhentian Tapah untuk makan kerana perut sudah terlalu lapar dan ingin mengisi minyak van . Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sekali lagi kami berhenti di Hentian Rehat kali ini di hentian rehat g.semengol pada jam 3:30 pagi . Ayah saya berkata “ kita berhenti kat sini dulu eh... Ayah dah ngantuk ni” dan kami sekeluarga tidur sebentar di hentian rehat tersebut sementara menunggu waktu solat subuh. Pada jam 6:30pagi selesai solat subuh makngah mengajak kami sekeluarga untuk singgah dikedai makan berhampiran . Pada jam 7:30pagi kami sekeluarga meneruskan perjalanan . Kami singgah makan pula di sekitar kawasan yang bernama Kubu Gajah . Kami sekeluarga makan roti canai dan nasi lemak di kedai yang pemiliknya orang melayu. Setelah sudah makan pada jam 9:00pagi  kami terus pergi ke HomeStay yang telah di tempah di kawasan Karangan yang jaraknya dari ADTEC KULIM lebih kurang 16km . Selepas mendapat kunci rumah kami mula merasa penat maklumlah setelah penat seharian di atas lebuhraya kami semua ingin meluruskan pinggang (tidur) . Saya bangun pada jam 2:30petang kerana lapar dan saya amat berterima kasih kerana umi dan makngah telah menyediakan makanan untuk kami sekeluarga.

Pada jam 6:30petang ayah mengajak saya pergi ke Pasar Malam di kawasan Sungai Kob untuk mencari makanan untuk santapan pada malam hari. Ternyata harga makanan ni kawasan ini jauh lebih murah berbanding di Seremban (kawasan rumah saya)

Saya mulai mengemas barang dan menggosok pakaian kerana ingin mendaftar ada 1.1.2017 pda jam 8:30pagi .

 

 


u  Pada 1.1.2017

 

Kami sekeluarga bangun pada jam 6:00pagi untuk solat subuh dan ingin mempersiapkan barang kerana saya mendaftar pada jam 8:30 pagi. Saya sampai di ADTEC KULIM pada jam 8:15pagi dan menunggu kaunter pendaftaran dibuka. Tepat jam 8:30pagi saya mendaftar di kaunter pendartaran dan terdapat banyak kaunter di dalam perpustakaan tersebut. Saya mula pergi ke kaunter yang ingin menyemak fail dan dokuman selepas itu saya pergi ke kaunter yang ingin membuat kad matrik dan terdapat tempat untuk mengambil gambar . Mpp yang menjaga di kaunter tersebut ialah bernama “V” dia yang menguruskan pelajar untuk memakai jaket dan tie ketika sesi fotografi

 

No comments:

Post a Comment