TRAVELOG ADTEC KULIM
Assalamualaikum, Saya Muhd Nursyarifuddin Bin Norihan ingin menceritakan tentang perjalanan saya sebelum saya melanjutkan pelajaran di Adtec Kulim. Pada 30/12/2016 bermulanya perjalanan saya untuk pergi ke Adtec Kulim. Pada pukul 6 pagi saya bersiap-siap untuk bertolak ke Adtec Kulim dari Kampung Mak Sara Jerteh Besut Terengganu. Selepas subuh bermula lah perjalanan saya dari jerteh dengan menaiki motorsikal dengan menggalaskan beg seberat 6 kilogram. Selepas 30 minit dari jerteh sy berhenti di stesen minyak di Machang kelantan untuk mengisi minyak motorsikal dan pada masa itu juga saya menunggu kawan saya dekat sebuah kedai makan yang tidak jauh dari stesen minyak itu dan dia juga salah seorang pelajar yang menerima surat tawaran dari Adtec Kulim yang bernama Zainol Hakimi bin Zainol Fatah. Lebih kurang 1 jam lebih saya menunggu dia dekat kedai itu kerana dia dari gua musang dan dalam perjalanan dia itu dia terpaksa menempuhi hujan di Kampung Paloh. Pada pukul 8 pagi barulah dia sampai di tempat dimana saya menunggu. Setelah itu,kami bertolak dari machang dan menuju ke Tanah Merah Kelantan dan pada masa itu pada pkul 8.30 pagi. Pada masa itu juga kami berhenti makan sarapan pagi.sambil berehat dan menghilangkan rasa sejuk kerana pada masa itu hujan rintik-rintik. Setelah hujan berhenti dan pada masa itu juga kami sudah siap makan dan kami sambung balik perjalanan kami dan kami singgah isi minyak di Kampung Jeli. Didalam perjalanan kami juga terdapat sekumpulan motorsikal yang membuat konvoi dari Terengganu ingin menuju ke Pulau Pinang untuk menyambut tahun baru katanya. Saya juga sempat juga berbual dengan mereka dan mereka juga turut ajak mempelawa kami untuk menyertai konvoi mereka dan kami tidak bercakap banyak dan terus menyertai mereka dengan rasa gembira. Dalam perjalanan juga salah seorang dari kumpulan itu yang mempunyai masalah dengan motorsikal dia kerana tayarnye pancit sebelum sampai ke puncak Titiwangsa. Selepas itu mereka membaiki motorsikal itu dalam beberapa minit sahaja dan juga pada masa itulah kita boleh lihat betapa mudahnye kerja kalau kita melakukan sesuatu kerja dengan berkumpulan. Selepas itu bermulalah perjalanan kami pula dan tidak lama kemudian kami sampai ke puncak Titiwangsa dan kami berehat disitu lbih kurang 15 minit kerana cuaca sangat sejuk masa itu. Selepas rehat kami meneruskan perjalanan kami pada pukul 11.30 pagi dan selepas tamat jalan Gerik kami singgah di stesen minyak dahulu. Tidak lama kemudian kami sampai di Baling Kedah dan pada masa itu kami berpecah dengan kumpulan konvoi itu.
Tidak lama kemudian kami sampai di Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan dalam masa itu juga saya terlibat dengan kemalangan yang motorsikal yang saya tunggangi melanggar sebuah kereta toyata wish yang keluar simpang stesen minyak di Sungai Rambai pada masa itu saya terpelanting agak jauh dari kenderaan saya dan pada masa itu juga saya terselamat dari kecederaan teruk disebabkan oleh beg galas saya dan dengan pertolongan Allah S.W.T. Didalam kemalangan itu juga hanya kaki sahaja yang terseliuh dan hanya luka-luka di tangan dah paha sebelah kanan dan nasib baik juga ada pertolongan orang ramai pada masa itu. Saya dan pesalah itu hanya selesai kan masalah pada masa itu juga. Salah seorang kawan saya yang bernama Akmal Haris Bin Zakaria yang salah seorang pelajar yang belajar dekat Adtec Kulim yang menetap di kawasan itu datang dekat saya dengan pertolongan Zainol Hakimi yang menghubungi beliau untuk membawa saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Di hospital itu saya mendapatkan rawatan x-ray untuk memeriksa keadaan kaki saya dan selepas ujian itu saya sangat bersyukur kerana tidak mengalami keadaan yang teruk dan doktor hanya cakap kaki saya hanya terseliuh dan bengkak sahaja. Pihak hospital hanya bagi ubat menahan sakit dan ubat bengkak. Selepas itu Akmal Haris membawa saya ke rumah beliau untuk mendapatkan rehat disana. Pada malam itu pula, bapa kepada Akmal Haris membawa saya ke rumah tukang urut tradisional di sekitar kawasan rumahnya. Selepas itu saya pulang kerumah beliau untuk berehat dan tido disana. Pada malam itu saya berasa sangat sakit dibahagian kaki dan terpaksa menahan sakit dan memaksa diri untuk tido.
Pada kesokan pagi harinya pada 31/12/2016 saya pergi ke pasaraya Aeon Mall pulau pinang untuk mencari barang keperluan yang hendak dibawa di Adtec Kulim pada hari pendaftaran bersama Akmal dan Hakimi. Saya sangat gembira pada hari itu kerana Akmal membawa jalan-jalan satu pulau pinang kerana disitulah tempat kelahiran beliau dan dia juga membawa kami menaiki feri ketika waktu pulang dan itulah pengalaman pertama saya menaiki feri dan saya harap saya boleh mengenali lagi dalam tempat baru ini. Pada malam itu pula Akmal membawa saya dan Hakimi untuk pergi makan char kuey teaw yang paling best di penang akan tetapi gerai itu sangat penuh dengan pelanggan dan tidak terdapat meja kosong langsung untuk kami. Kami berasa sangat sedih malam itu tapi selepas itu Akmal cuba menghilangkan rasa sedih kami dengan membawa kami ke sebuah kedai nasi lemak yang best dekat kawasan Bukit Mertajam. Semua rasa sedih kami hilang begitu sahaja apabila mencuba nasi lemak itu. Inilah yang dikatakan kawan sejati yang selalu membahagiakan kawan. Pada pukul 11 malam itu kami pergi ke rumah tukang urut tradisional itu untuk mengurut kaki saya yang terlibat kemalangan kelmarin. Sewaktu pulang kerumah kami melihat persembahan bunga api sempena menyambut tahun baru 2017 pada pukul 12.00 tengah malam dikawasan bandar pulau pinang dan ianya sangat meriah kerana terdapat ramai orang yang menyaksikan persembahan tersebut. Selepas habis persembahan kami pulang terus kerumah untuk berehat kerana terlalu penat meronda satu pulau pinang hari ini.
Pada keesokan harinya yang bertarikh 1/1/2017 dan itulah hari pendaftaran kemasukan sesi 1/2017 bagi kami. Pada pagi itu kami bersiap-siap untuk pergi ke Adtec Kulim dari Pulau Pinang dan ianya mengambil masa 40 minit dari rumah untuk kesana. Apabila kami sampai disana kami melihat ramai orang yang dah sampai dan ada juga yang membawa keluarga masing-masing. Setelah itu kami masuk kedalam untuk mendaftarkan diri kami sebagai pelajar. Maka disitulah bermulanya kami sebagai pelajar Adtec Kulim dan kami berharap agat semua cikgu memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada kami dan kami berjanji akan menuruti segala arahan yang diberi. INSHAALLAH kami aq memberi sepenuh tumpuan semasa cikgu mengajar. Jadi itu sahaja harapan saya sebagai pelajar disini dan saya harap saya dan semua pelajar disini akan berjaya dan cemerlang dan akan menaikkan nama Adtec Kulim sebagai tempat belajar yang paling hebat. Jadi itu sahaja huraian daripada saya. Sekian Terima Kasih..
ASSALAMUALAIKUM..
No comments:
Post a Comment