TRAVELOG ADTEC KULIM
Assalamualaikum,saya MOHAMAD FAIZ BIN MD DESA,berumur 21tahun pada bulan FEB 2k17 in shaa Allah kalau dipanjangkan umur,Saya anak ke-4 dari 6 adik beradik... berasal dari Johor,tetapi dah jadi orang KEDAH clone disebabkan keluarga saya juga mempunyai rumah di SIK,KEDAH.Disebabkan saya membuat sijil di Institut Latihan Perindustrian Kangar,saya menetap di kedah dan dalam jangka masa yang panjang menetap di KEDAH saya agak fasih dalam slank/loqhat kedah kerana duduk di kawasan pedalaman,tapi saya xpernah kesah pun soal duduk kt "lacuk" (pedalaman) kerana lagi menarik,seronok dan bebas dari masalah sosial di bandar.Okay, bertukar topik kepada sesi intake kemasukan ADTEC pada mulanya agak terkilan dengan berita berkenaan no intake sesi jan 2k17,kerana sesi 2 2k16 tidak terpilih untuk membuat diploma..pada mulanya saya ingin bekerja dan tidak lagi melanjutkan pengajian kerana di tempat saya membuat praktikal telah berunding harga untuk terus bekerja dengan syarikat mereka tetapi sesudah habis praktikal saya dan rakan-rakan mendapat peluang untuk temuduga untuk melanjutkan pengajian,saat itu hanya satu ja didalam hati,semoga aku terpilih untuk membuat diploma,seterusnya sesudah saya menamatkan praktikal,saya meminta untuk berhenti dan menolak tawaran kerja disitu,kerana saya lebih suka bertukar kerja untuk mencari pengalaman.Jadi dalam masa 2/3 bulan terakhir saya banyak bekerja sambilan untuk mencari wang saku sendiri,maklumlah saya bukan dari keluarga yang berada saya suka bekerja sendiri seperti sekarang saya membuat perkhidmatan mekanik kecil-kecilan.sebelum ni pengalaman bekerja rasanya dah banyak,start form 3 saya menjadi tukang rumah,kerja kilang,mengambil upah mesin rumput,jual ikan,sebab saya memang suka cari pendapatan sendiri,saya kalau nak kan sesuatu saya usaha sendiri sampai saya dapat apa yang saya nak.Seterusnya bab-bab kekasih ni saya tak berapa nak reti sangat,disebabkan itu saya banyak mengabiskan masa dengan sahabat-sahabat dan keluarga,kerana bagi saya bukan masanya untuk berkekasih pada usia seperti setahun jagung. kata mak "zaman sekarang kalau tak ada kerjaya jangan mimpilah nak dapat anak dara orang" okay,tu introduce serba sedikit tentang latar belakang saya..saya bermula dari johor ke NEGERI SEMBILAN,dengan menaiki motosikal,disitu saya singgah untuk 2hari bertemu sahabat2 permotoran saya kerana kami ingin berkonvoi ke penang untuk tahun baru "2k17".semuanya kira-kira 35-40 buah motosikal yang mana bercampur dengan kawan2 dari melakau,nogori,dan keyyel..haha,pada 29hb december kami tiba di PULAU PINANG,dan berehat di teluk bahang,di homestay "KESIAN HOMESTAY" nama pun dah kesian
..tapi sekurang-kurangnya ada tempat berteduh kan? masa sampai kat pulau pinang dio punyo ponet hanye tuhan yang tahu.Pagi 30hb pun bermula dengan aktiviti kami iaitu pergi tempat-tempat yang dorang cakap menarik kat penang,alhamdulillah byk destinasi yang dapat di singgah seperti,empangan teluk bahang,batu feringghi,tanjung bungah,pulau tikus,bukit bendera,padang kota lama,bayan lepas,tak lupa juga pesta penang yang diadakan,balik pulau,dan diantara dalam banyak banyak tempat yang paling menarik bagi saya laa,naik bukit teluk bahang dan turun lawan main corner kita tengok siapa king hahahaha...seterusnya,masuklah 31hb dimana hari terakhir buat saya seorang Saja
kerana kena pulang ke rumah sik untuk membuat preparation daftar masuk ke ADTEC kulim,rasa sebak tu kalau xda memang tipu la kan...tapi nak buat macam mana ini semua demi kebaikan dan masa depan saya juga..kata-kata sahabat belajarlah selagi mampu nanti dah berumur takut segan nak belajar,alhamdulillah syukur,saya diantara terpilih untuk sambung belajar,gembira di wajah sendiri taklah sangat,tetapi raut wajah gembira ibu bapa saya tak boleh nak gambarkan, indahnya kalau mereka tersenyum gembira seperti saat itu setiap detik...dipendekkan cerita masuklah 1 JANUARI 2K17,dimana pagi yang penuh kekalutan,dengan lokasi ADTEC kulim pun saya tak tahu... bertolak la saya dari syurga dunia (rumah) saya pada pukul 6 pagi..kerana takut sesat,alhamdulillah jumpa adtec pada masa 8.25 pagi...pada mulanya,permulaan saya semasa pendaftaran agak baik,sebaik masuk di stesen pertama iaitu cek senarai namnama saya tertera paling atas sekali..seterusnya stesen yang kedua,dimana tempat untuk melampirkan dokumen-dokumen untuk memastikan saya layak untuk meneruskan pembelajaran,seterusnya di stesen ketiga,stesen untuk membuat kad matrik..alhamdulillah masih berjalan dengan lancar,saya ke stesen keempat,stesen yang saya mempunyai masalah besar.. kerana tidak membawa dokumen dengan lengkap kerana satu fail saya tertinggal di rumah,iaitu fail yang mengandungi borang untuk permohonan ptpk dan sebagainyalah.. rasa terkilan,takut,geram semua ada..rasa nak patah balik pun ada tapi tulah,demi mengembirakan keluarga saya,saya teruskan bak kata orang kedah "buat hati keqing jaa" dengan pakaian saya yang entahlah... sukar digambarkan,dengan bajunya koyak koyak seluarnya singkat ditambah lagi dengan kasut zaman purba
.. memang sedih bila teringat..aduhhh.selesai pendaftaran pergilah ke asrama untuk kemas barang,pada mulanya ditempatkan dengan kawan dari Kl dengan bidang yang berlainan.Bukan saya tak suka cuma kalau boleh duduk sekali dengan KAWAN se ILP lagi baik sebab boleh berbincang pasal kerja semua tu kan...saya pun pergilah berjumpa tuan FAUZI iaitu penyelia asrama dan meminta menempatkan saya dengan kawan lama saya.Alhamdulillah mendapat penyelia yang agak sporting ditambah lagi kalau nak berbisnes atau nak jadi share partner disuruh "PM" tepi.Jaranglah dapat penyelia asrama yang sporting macam ni kan...sejurus selepas itu,bermulalah sesi orentasi, bermula di bilik mawar,bukan saya nk mengata cuma selalu saya pelik dari orang lain,pakaian problem,daftar masuk problem,ni pergi ke bilik mawar saya sorang yang ganjil dengan memakai baju korporat
kerana baju putih saya dah buang,seterusnya dari detik ke detik ceramah,taklimat bermulalah sesi pelantikan jawatan untuk minggu orentasi,pada mulanya agak lega kerana dah ada yang berdiri untuk dijadikan calon tetapi kenapa calon pertama menundingkan jari kearah saya untuk dicalonkan juga
.ikutkan hati memang taknak tapi nak buat macam mana kan dah nasib badan,terimalah seadanya,seterusnya akmal dan batman juga dicalonkan.kami berempat akan dipilih oleh seorang wanita bernama singkatan"jess" jess hati kau memang kejam
kenapa lah kau pilih aku,aku dah puas jadi macam ni..nak buat macam manakan orang memberi kepercayaan takkan kita nak buat lebih kurang.So, accept je la dah realiti hidup..takkan nak jadi "hidup segan mati tak mahu" "seperti katak bawah tempurung".Maka berlalulah first january,seterusnya pagi 2 Januari bermula dengan bangun subuh dimana saya harus memastikan semua pelajar yang lain wajib menunaikan solat 5waktu di surau,hari pertama subuh di sini agak baik, kerana cuma dua orang yang kelewatan,saya dah cuba sedaya upaya dengan mengetuk pintu dari bilik ke bilik untuk mengajak solat di surau..alhamdulillah semua okay disini bagi saya lah orang lain saya tak tahu lah..saya sudahi travellog saya disini bukan kerana sudah tamat tetapi saya dah ponet sangat kerana letih satu badan belum lagi hilang kerana kekurangan tidur dari 29hb,30hb,31hb "pandei enkau cari masalah, pandei pandei la enkau tanggung haa" saya tamatkan travellog saya yang pertama dengan ucapan assalamualaikum
No comments:
Post a Comment