PERKATAAN
VIRAL “PAYUNG”
Daripada:Azizan
Bin Zainal
Kursus:Diploma
Tek. Telekomunikasi
Sejak kebelakangan ini, anda mungkin acap
kali mendengar tagline “jangan cakap abang tak payung” yang popular di laman
sosial seperti twitter, wechat, facebook, Instagram, whatsapp dan
sebagainya.Ianya berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin
maju ke hadapan.Anda sebagai manusia yang hidup di zaman moden perlulah
sentiasa update dengan keadaan sekeliling.Tagline “jangan cakap abang tak
payung” ini diciptakan hanyalah sebagai hiburan di laman social.Anda sebagai
pelayar laman sosial tidak perlulah terlampau mengutuk rakan anda yang
menggunakan tagline tersebut dan ini kerana tagline tersebut adalah sebagai
hiburan masa lapang.Tagline itu biasanya dijadikan caption untuk disertakan
bersama gambar selfie jejaka-jejaka di laman sosial terutama di Facebook dan
juga Instagram.Dan sampai sudah, orang di laman sosial tersebut tercari-cari
maksud sebenar kata-kata itu.
Tapi kalau anda perasan, sebelum
tagline “jangan kata abang tak payung” itu popular, tagline “belanja selfie”
adalah caption yang biasa digunakan bersama gambar selfie masing-masing di
media sosial, tak kira lelaki atau perempuan.Boleh jadi tagline “jangan kata abang
tak payung” itu adalah membawa maksud yang sama dengan “belanja selfie”, Cuma
kata-kata itu khusus untuk lelaki.Apakah maksud payung ? Maksud perkataan
payung adalah umbrella, patron, shelter dan maksud ini dipetik berdasarkan
English Malay Dictionary.
Perkataan “payung” ini juga mungkin
diambil daripada peralatan yang biasa kita gunakan pada musim hujan atau pun
musim panas terik.Ianya biasa digunakan untuk bergerak ke suatu destinasi ke
destinasi yang lain pada musim yang saya sebutkan tadi seperti menghantar anak
ke sekolah, hendak turun daripada kenderaan, majlis perkahwinan yang selalu
kita Nampak dan sebagainya.Sebenarnya peralatan ini amat penting bagi kita
kerana dapat memudahkan kita untuk bergerak pada musim hujan atau pun musim panas
terik.Sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Tuhan,gunakanlah peralatan ini
dengan cermat dan menghargainya sepertimana anda menjaga harta anda yang paling
berharga.
Di sini saya ingin menceritakan
serba sedikit tentang sejarah penciptaan payung.Percaya atau tidak, payung
sudah dicipta lebih daripada empat ribu tahun dahulu.Pada mulanya, ia digunakan
sebagai pelindung buat golongan raja-raja sewaktu tamadun purba di Afrika, Asia
dan Yunani.Bukti ini dapat dilihat melalui peninggalan artifak kuno yang
ditemui.Tujuan asal paying dicipta bukanlah untuk mengelak hujan, tetapi untuk
melindung golongan raja daripada sinaran matahari.Setelah ratusan tahun,
barulah payung digunakan untuk tujuan lain.Perkataan umbrella sendiri diambil
daripada Bahasa latin, “umbra” yang membawa maksud baying-bayang.
Penduduk di negara China merupakan
orang pertama menggunakan paying sebagai perlindungan kalis air bagi
mengelakkan diri mereka dibasahi hujan.Mereka menyapukan lilin pada kertas
paying untuk menjadikan ia kalis air.
Payung
pada artifak purba
Payung paling tua yang direkodkan
ialah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Xin.Pemerintah ketika itu ialah Wang
Man, telah mengarahkan penciptaan paying lipat.Di London pada tahun 1830,
paying pertama dijual secara komersial di sebuah kedai kecil bernama James
Smith and Sons.Payung versi anak-beranak ini dibuat menggunakan kayung
berbentuk seperti tulang ikan paus, dimana kain paying tersebut disapu dengan
minyak.Kayu yang digunakan sangat tebal membolehkan ia bertahan sehingga
bertahun-tahun lamanya.Malah, kedai ini masih dibuka di Kota London dan menjual
paying yang sama sehingga ke hari ini.
Kedai
James Smith and Sons.
22 tahun kemudian,Samuel Fox,
telah mencipta paying versinya sendiri yang diberi nama Fox Frame, yang
mempunyai besi dalam reka bentuk dalamannya.Payung versi Fox merupakan paying
yang paling hamper dengan ciptaan payung sebenar pada zaman ini.
Juruterbang Air Asia berpantun.
Mungkin anda pernah membaca atau
menonton video pantun-pantun yang disampaikan “kapten Pantun” juruterbang Air
Asia yang menjadi terkenal di media sosial.Kapten ini menggunakan tagline
“Jangan kata kapten tak payung”.Video pengumuman dalam pesawat AirAsia AK700
berdurasi 1 minit 15 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Izwah
Ibrahim.Juruterbang itu melakukan rutin taklimat sebelum pesawat berlepas,
namun beliau Berjaya memikat hati para penumpang apabila menyelitkan jenaka
dalam pengumuman dwi bahasa itu.Video tersebut sudah menerima hampir 200,000
tontonan, dengan hampir 7,000 perkongsian, sejak dimuat naik pada
5.6.2016.(Jumlah tontonan dan perkongsian ini setakat sampai 7.6.2016).Antara
pantunnya yang mencuit hati para hati penumpang dalam pesawat yang dikemudinya
berbunyi:
Perut
lapar mencari nasi,
Jangan
dilupa sambal terung,
Maklumat
penerbangan saya dah kongsi,
Jangan
kau kata kapten tak payung.
Jadi siapakah sebenarnya “kapten
pantun” dan mengapa beliau gemar menyelitkan pantun dalam pengumuman-pengumuman
dalam pesawat kepada para penumpang ? maybe ini lari tajuk sedikit
hahahahaha…….tak apa kita buat sedikit info peribadi kapten ini.
Kapten Shahirul Alim Aminudin, 40
tahun, memberitahu akhbar New Straits Time (NST) bahawa ia bermula apabila
beliau secara spontan membuat pengumuman kepada penumpang dalam pesawat
menerusi pantun. “Saya tidak ingat dengan tepat bila sebenarnya saya mula
(berpantun dalam pesawat), tetapi saya ingat pada satu hari itu, ia berlaku
secara spontan.Daripada meminta maaf kepada para penumpang dengan cara terus
terang, saya berpantu untuk melakukan demikian”, kata Kapten Shahirul kepada
NST.Beliau, yang juga dikenali sebagai Kapten Shaha, sudah berpengalaman selam
16 tahun sebagai juruterbang dan pernah bertugas di Singapore Airlines.Kapten
Shahirul, atau juga dikenali sebagai Kapten Shaha, menjelaskan kepada NST
bahawa kadangkala, adalah tugas juruterbang untuk meminta maaf kepada penumpang
sekiranya penerbangan tertangguh atau berlakunya sebarang insiden yang
menyusahkan penumpang akibat keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Beliau berpendapat pantun itu
cara percakapan yang lebih lembut, justeru gemar menyelitkannya ketika membuat
pengumuman kepada para penumpang. “Saya mendapati pantun itu cara percakapan
lebih lembut dan adalah cara berkesan untuk menyampaikan mesej anda dengan cara
yang lemah lembut. "Meminta maaf dengan
berpantun kedengaran lebih ikhlas dan menyampaikan mesej itu dengan lebih cepat
dan tidak menggunakan banyak perkataan," katanya kepada NST.
Kapten
Shahirul bagaimanapun memeriksa logistik penumpang sebelum itu untuk memastikan
mereka memahami Bahasa Melayu dan adalah sesuai untuk beliau menyampaikan
pantun. Malah katanya, beliau biasanya ditugaskan mengemudi pesawat di
laluan-laluan penerbangan di mana kebanyakan penumpangnya memahami Bahasa
Melayu.
Namun, Kapten Shahirul
memberitahu NST beliau hanya mula menyelitkan pantun dalam
pengumuman-pengumumannya dalam pesawat apabila mula bertugas di AirAsia. Beliau
tidak berpeluang melakukan demikian sebelum ini kerana bertugas di Singapore
Airlines dan sebuah syarikat penerbangan Timur Tengah.Beliau juga mendedahkan
beliau tidak menyelitkan pantun semasa tempoh probesyennya kerana perlu
menuruti prosedur operasi standard.
Namun katanya kepada NST,
apabila beliau mula berpantun, beliau menerima respons-respons positif daripada
para penumpang, yang disampaikan kepada beliau oleh para anak kapal.Lebih
membanggakan, apabila pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mendapat tahu
tentang hal itu, beliau sendiri mengirimkan mesej-mesej Whatsapp kepada Kapten
Shahirul.Meskipun berbangga dengan pengiktirafan itu daripada pihak pengurusan,
Kapten Shahirul menegaskan beliau tidak sekali-kali berkompromi terhadap
keutamaannya sebagai seorang juruterbang untuk melakar pantun."Keutamaan
sentiasa perkara pertama untuk saya. Kemudian, peranan saya sebagai pengajar
juruterbang muda. Dan hanya apabila saya ada masa, barulah saya dapat menyampaikan
pantun saya."Kini, selain SOP syarikat penerbangan, saya juga ada SOP saya
sendiri. Apabila saya tidak lakukannya (menyelitkan pantun dalam pengumuman),
penumpang fikir ada sesuatu tidak kena berlaku."Saya sudah tampil di TV
dan radio, jadi itu kerja tambahan juga," kata Kapten Shahirul kepada NST
sambil berseloroh.
Akhir sekali,berdasarkan
pemerhatian saya maksud perkataan viral “payung” ialah lebih ke arah
mempersembahkan atau belanja baik secara
sukarela atau permintaan seseorang.Gunalah perkataan ini sekadar hiburan atau
sebagai salah satu medium anda untuk berkomunikasi dengan rakan, keluarga anda
dan sebagainya secara cermat.Sampai disinilah penulisan saya setakat ini,Sekian
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment