TRAVELOG ADTEC KULIM
Assalamualaikum. Pada 16 December (hari last di Ilppedas) , saya amat gembira apabila sudah menamatkan pembelajaran saya disana dan saya amat gembira kerana dapat sambung pengajian saya di Adtec Kulim . Dalam perjalanan saya semasa hendak ke Adtec Kulim , saya berada di rumah pada 31 December 2016. Start pukul 3 petang saya bertolak dari rumah hendak ke putra jaya untuk berjalan sekali dengan abang saya. Pukul 5.30 saya sampai disana. Sesudah sampai disana. Saya pergi ke ioi mall putra jaya dan berjumpa dengan kawan saya yang memegang slip salinan cgpa sem 2 saya untuk dibawa ke adtec kulim. Sesudah mengambil cgpa , saya pulang ke rumah makcik saya di putra jaya. Selepas itu, saya dan keluarga menunggu kehadiran abang saya untuk berjalan sekali ke adtec kulim. Dalam pukul 11 malam , abang saya baru balik dari kerja. Dia bekerja di KLIA. Mak saya menyuruh dia rehatkandirinya dari penat bekerja sehingga perjalanan uuntuk menghantar saya di adtec kulim dimulakan. Apabila jam menunjukkan pada pukul 2.30 pagi. Saya dan abang dikejutkan oleh mak untuk bersiap untuk memulakan perjalanan dalam pukul 3 pagi. Apabila semuanya siap, barang-barang sudah dimasukkan kedalam kereta , abang mengambil tugas untuk membawa kereta untuk memulakan perjalanan dan kami pon bertolak dari rumah makcik di putra jaya ke adtec kulim. Semasa dalam perjalanan dimulakan, abang menyuruh saya membuka waze untuk mengenalpasti jalan keluar dari putra jaya untuk ke highway yang terus ke utara. Semasa perjalanan, kami lalu di shah alam dan menempuh malam tahun baru. Di highway shah alam penuh dengan budak-budak moto dan mengakibatkan kami tidak selesa berjalan di situ dan kami tetap meneruskan perjalanan untuk ke adtec kulim. Semasa hendak sampai di rnr rawang, saya menyuruh abang menyinggah rnr tersebut untuk melepaskan hajat di rnr tersebut. Semasa di rnr tersebut di stesen minyak petronas, terdapat beberapa kumpulan motosikal yang berehat disitu dan saya amat terpegun melihat motosikal mereka seperti kumpulan motosikal superbike dan kumpulan 2 stroke seperti rxz. Selepas melepaskan hajat saya di rnr tersebut. Kami memulakan perjalanan seperti biasa. Dalam perjalanan diteruskan, mak memberi bekalan kek yang disiapkannya dari rumah dan membuatkan kami tidak lapar sepanjang perjalan ke adtec kulim. Abang terus mengikut arah pandu waze yang dibuka dari saya untuk ke adtec. Pagi-pagi buta naik highway, memang sejuk dan sweatshirt yang saya pakai saya rasa tidak cukup untuk mengelak kesejukan semasa berada didalam kereta.
No comments:
Post a Comment