Wednesday, 4 January 2017

PERKATAAN YANG MENJADI VIRAL




Assalmmualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga adtec kulim saya khairul haqimie bin jamain pada 2 januari 2017 saya telah mendapat tugasan kedua dalam program msr adtec kulim dan tugasan yang diberi ialah perkataan viral iaitu ‘kipidap’. Tugasan ini telah diberikan oleh warga adtec kulim.

Kipidap bermaksud “Keep It Up”. Selain itu perkataan kipidap in telah di viralkan oleh

Abdul Rani Kulup Abdullah Raja Report Malaysia


Biodata beliau:

 Nama: Abdul Rani Kulup Bin Abdullah

Umur: 60 Tahun

Tarikh Lahir: 10 March 1955

Asal: Kajang

Jawatan: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)

Bilangan Isteri: 2 orang

Bilangan Anak: 9 Orang

Pekerjaan: Pesara Tentera Malaysia

Gelaran Rasmi: Ayahanda

Gaji: RM1500 Sebulan

Trademark: Kipidap

Rekod: 13 laporan polis sehari, 1000 laporan polis menjelas 2018

Pakaian: Imej pelik dengan Jam wajib pakai di dua belah tangan, baju tentera dengan rebet merah, 

                 wajib pakai spek mata hitam, cincin batu permata besar dan tongkat azimat serta seluar   

                 singkat

Kumpulan Muzik: Sometimes Band era tahun 1960 an

Abdul Rani Kulup Abdullah Raja Report Malaysia. Paduka Ayahanda Abdul Rani Kulup merupakan antara individu yang berpengaruh di Malaysia. Meskipun dengan imej yang pelik dan lawak, Abdul Rani Kulup sentiasa berjuang apabila setiap kali ada isu semasa yang hangat dan terus membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Meskipun Abdul Rani Kulup selalu dijadikan bahan lawak (troll) dilaman sosial, tidak sama sekali menjatuhkan semangatnya untuk meneruskan imej tersebut. Selain itu, Abdul Rani Kulup dikenali dengan sikap yang ramah serta tidak sombong.

 


Antara ayat-ayat beliau

Kini Rani Kulup merupakan antara individu yang amat popular di Malaysia. Dengan pemakaian yang lain dari yang lain, perwatakan Rani Kulup dilihat menarik perhatian ramai orang.

Rani Kulup popular dengan tag line "kipidap" dan sering muncul di kaca tv setelah membuat banyak laporan polis tentang isu semasa.

Antara isu semasa yang Rani Kulup tampil membuat laporan polis ialah kes halal coklat Cadbury, isu program sentuh anjing dan banyak lagi.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menganggap populariti yang dikecapinya menerusi laman ‘troll’ di media sosial mendatangkan rezeki buatnya.

Abdul Rani, 60, berkata beliau sedar akan kewujudan laman berkenaan namun hanya beranggapan gurauan itu memberi kelebihan.

Menerusi sisipan Mega dalam Utusan Malaysia hari ini, Rani yang mesra dengan panggilan Ayah, turut mengakui namanya sering mendapat perhatian warga media sosial dengan menggunakan hashtag #kipidap.

“Jadi saya tidak mahu terkesan dengan perkara ini, kalau kita lihat laman-laman ini tidaklah terlalu teruk sangat malah memberi kelebihan kepada saya juga apabila lebih dikenali kini.

 

“Baru-baru ini saya dapat tahu ada yang mencetak wajah saya ke atas baju untuk dijual. Memang pada mulanya saya agak marah namun apabila tahu tujuannya untuk menampung kehidupan anak-anak yatim saya izinkan sahaja.

“Terbaharu ada yang mahu menjadikan saya watak dalam dalam buku komik tidak lama lagi. Ini rezeki yang dibawa populariti itu sendiri.

“Bercakap soal populariti pula memang saya tidak boleh nafikan kehadiran saya ke mana mana pasti mendapat perhatian malah kalau saya diluar rumah juga orang boleh berhenti kereta semata-mata mahu bergambar,” ujarnya.

Menurutnya beliau tidak terkesan dengan laman berkenaan walaupun sedar wujud golongan yang menghinanya.

Ini kerana katanya beliau tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan jumlah ‘peminatnya’ terlalu ramai.

“Kalau kita lihat lama troll itu memang ada yang mengutuk dan sebagainya. Tetapi apa yang saya boleh lakukan kepada pengomen laman itu memandangkan jumlah mereka ramai. Cukuplan sekadar saya lihat pemilik laman troll itu tidak melampaui batas,” katanya.

Dalam pada itu menerusi laporan yang sama, Abdul Rani turut menyatakan sasaran untuk membuat 1,000 laporan polis menjelang 2018.

Katanya beliau akan meneruskan ‘kerja’ selagi ada selagi ada unsur-unsur yang mengancam ketenteraman negara.

Jelasnya lagi beliau pernah melakar sejarah buat dirinya apabila berjaya membuat 13 laporan polis secara serentak.

“Sehingga kini saya sudah membuat hampir 1,000 laporan polis, semuanya ada kaitan dengan hasutan, hinaan dan jenayah.

“Saya tidak tahu bila laporan saya akan meningkat kepada 1,000 tetapi saya pasti sebelum 2018 nanti akan ada 1,000 laporan polis daripada saya,” katanya.

 

 
KISAH RANI KULUP KIPIDAP MANUSIA BIASA YANG LUARBIASA

Rani Kulup KIPIDAP suatu nama yang tak perlu aku perkenalkan lagi kerana dah pemes seantero negara,di setiap lorong-lorong gelap mahupun laluan tikus.Lelaki yang berambut panjang lengkap berpakaian uniform ala ala tentera dengan pingat yang diterima dari kerajaan langit,Melaka,Majapahit dan Palembang serta cincin pedinding hantu Mak Limah memang benar benar menarik perhatian sesiapa sahaja yang terserempak dengan beliau.

 

"King of Report" antara gelaran yang diterima selain pernah menerima gelaran dari Datuk Paduka dari Raja Melaka kerana kekerapan melakukan report berkaiatan apa sahaja isu yang mencetuskan kebimbangan masyarakat terutama melibatkan penghinaan kepada Agama Islam,Raja Raja dan Bani Melayu.Niat dihati beliau ingin melengkapkan 1000 report polis menjelang 2018 kerana bagi Rani Kulup dengan berbuat demikian masyarakat akan merasa tenang seperti baby yang sedang menetek ibunya.

 

Handsome kah Rani Kulop..!memang aku tak berani kata dia tak handsome sebab kalau dia marah aku risau kan penumbok dia..sekali kena boleh nampak burung burung berterbangan atas kepala maklumlah bekas askar pencen.Tapi semakin ramai yang meletakkan gambar beliau sebagai wall paper di handphone,komputer dan tak lama lagi khabarnya Air Asia akan mengabdikan gambar beliau di setiap dinding pesawat.

 
Tapi anehnya ramai pulak anak dara yang kecur air liur takkala menatap kemachoan Rani Kulup. Pernah dikatakan beliau berhenti di jambatan P.Pinang semata mata ingin bertemu puntianak .Niat di hati Rani Kulup nat mintak ID wechat pontianak tapi mungkin  pontianak takde telor maka tidak muncul .Sekali anak dara turun dari belfire ajak berselfie...kipidap Rani Kulup..

Dimana - mana ada sahaja awek2 yang akan kancing gigi kalau tak dapat berselfie dengan Rani Kulup..siapa yang tak nak berslfie dengan Rani Kulup dia boleh pergi meninggal...kipidap Rani Kulup...#sila meninggal
 

Waktu petang Rani Kulup juga workout di taman keluarkan peloh maklumlah untuk kekal menjadi abang Sado perlu senaman dengan kasut Newbelen yg baru dibeli.tapi masih gagal melarikan diri dari diserbu oleh peminat.Masih ada dara pingitan yang datang menyerbu sambil berbisik kalau kalau boleh jadi skendel.Jilake...Rani Kulup menolak dengan manja sambil berkata "kalau bini aku tahu mati aku dikemamnya..

 
 

Lakonan Bersahaja Rani Kulup Dalam 'Kipidap! Selamatkan Hari Jadi'


FILEM: Kipidap! Selamatkan Hari Jadi

PENGARAH: Eyra Rahman

PELAKON: Atikah Suhaimie, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan Abdul Rani Kulup Abdullah

GENRE: Drama/Komedi

DURASI: 90 Minit

PENGEDAR: Metrowealth International Group (MIG)

TARIKH TAYANGAN: 17 Mac 2016

PERKHABARAN tentang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia iaitu Abdul Rani Kulup Abdullah bakal membintangi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) mengundang pelbagai tanda tanya sama ada beliau mampu berlakon atau pun tidak.

Bagaimanapun peluang menyaksikan sendiri lakonannya menerusi filem Kipidap! Selamat Hari Jadi baru-baru ini nyata tidak mengecewakan.

Lebih mesra dengan sapaan Ayah, Abdul Rani jelas membuktikan penampilannya menerusi filem arahan Eyra Rahman itu bukan sekadar tempelan semata-mata sebaliknya memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita naskah berkenaan.

No comments:

Post a Comment