Monday, 2 January 2017




TRAVELOG KE ADTEC KULIM



Pada 8 December 2016 yang lalu ,

Seminggu sebelum aku menamatkan pengajianku di institusi latihan perindustrian pedas dalam bidang teknologi telekomunikasi.

Aku mendapat surat tawaran dari adtec kulim yang menyatakan aku telah dapat menyambung pembelajaranku dalam bidang diploma teknologi telekomunikasi pada sesi 1/2017, keluarga aku turut gembira apabila aku mendapat menyambung pelajaranku di adtec Kulim.


 

Pada 23 disember 2016 aku telah membuka akaun cimb bank di senawang, negeri Sembilan.

Seterusnya pada 24 disember 2016 pula aku telah pergi ke kelinik kesihatan senawang yang berada berhampiran dengan rumah aku untuk membuat medical checkup dan urine test. Setelah siap semuanya,aku telah menyiapkan pakaian ku untuk hari pendaftaran dan pakaian untuk aku bawa nanti.aku juga telah menjahit seluar yang koyak supaya tidak membazirkan wang ku untuk membelinya lagi.aku juga telah membeli barang makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk alas perut ku pada malam. Aku juga telah pergi ke shopping mall untuk membeli sedikit barang keperluan bersama keluarga aku. Aku juga telah dikunjungi ibu saudara yang terdekat dan memberikan sedikit nasihat kepadaku agar menyediakan barang dengan secukupnya kerana aku berada jauh dengan keluarga. Sepupu aku berada di kulim kira-kira 30km dari rumahnya ke adtec kulim. sepupuku pon berceritalah serba sedikit tentang adtec kulim ini kedudukannya yang didalm hutan dah jauh dari Bandar dan aku pun mengiakanya.

Sebenarnya aku tidak pernah berjauhan dengan keluargaku dan pada 1 januari 2016 aku telah berjauhan dengan family aku yang berada di negeri Sembilan.

Di sini aku akan cuba membina sebuah legasi hahahhaha…..sepertimana yang telah aku aku ciptakan di iLp pedas aku akan cuba sedaya upaya walaupun aku bermula daripada bawah inshaallah. Setelah semua barang fotostat,pakaian,makanan dan seangkatan dengannya telah siap aku pun menyiapkan barang pada satu sudut di hujung bilik suapaya mudah untuk aku mengambilnya nanti.

Aku telah menggunakan waktu yang terluang bersama keluar dengan sebaik yang mungkin.adik bongsu aku seperti tidak mahu aku pergi jauh..ini kerana dia manja dengan aku.

 

 

Setelah tiba harinya…aku telah bertolak 2 hari lebih awal kerana keluargaku ingin berjalan-jalan di negeri kedah.

    Didalam perjalanan aku telah mengikut highway utara selatan atau plus..semasa didalam perjalan ayah telah masuk kelaluan exit taiping. Kami telah berpakat untukmencari homestay dah mencari jalan ke adtec kulim. Sepanjang perjalanan aku telah termenung apakah nasib aku di negeri orang..walaupun lama dah aku belajar merantau negeri orang.tapi ini yang aku rasa paling mencabar. Selama 2 jam lebih didalam perjalanan ..ayah aku ingin berehat sebentar di rnr tapah bagi menghilang sakit pingangnya …aku merasa sedih melihat keaadaan ini..aku tetap kuatkan hatiku.

Aku akan cuba sedia sepenuh yang mungkin untuk mendapatkan diploma ini.kerana aku telah bertekad yang aku akan mengubah keluargaku untuk menjadi lebih bahagia dan merasa sedikit senang.aku ingin melihat adik2 ku membuka mata bagaimana abangnya boleh Berjaya begitu juga denga dia. Aku telah mengurut kepala ibu ku yang pening akibat kurang tido semasa dalam perjalanan.aku juga memeluk adik bongsu ku bagi dia selesa ketika dia tido…pada masa ini hanya allah sahaja yang tahu betapa berat hatiku ingin meninggalkan diaorang semua didalm kedaan yang begitu..Setelah ayahku puas rehat ayah ku kembali memandu seperti biasa.ketika sampai di tol juru terdapat banyak moto dan kereta .bila aku ingat kembali rupanya malam itu malam tahun baru.ayah ku memandu perlahan kerana takutkan moto2 yang laju. Ayah aku juga didalam perjalanan telah menasihatkan aku supaya menjaga diri dan belajar rajin2 kerana ilmu susah untuk dicari. Aku juga telah berjanji pada ayahku untuk membawa diploma itu kepadanya inshaallah.

Ketika sampai di tol kulim aku terkejut mengapa tiba2 jalan menjadi jem…ayahku pon memandu perlahan sedikit.rupanya polis membuat roadblock untuk memeriksa mereka yang tidak mempunyai lessen dan ic .aku lihat ramai mat2 moto yang diatahan oleh polis.aku ketawa kecil kerana tadi beria2 bawak laju kesudahannya ditahan jugak. Setelah itu aku pon meneruskan perjalan sehingga sampai di sungai kob.di sungai kob, ibu bertanyakan satu homestay tetapi satu malam sebnayak RM 150 ringgit …ibuku cakap x yah kita cari homestay tetapi tido je didalam kereta. Setelah aku lelap aku mendengar ade orang kejut aku.rupanya adik aku kejutkan aku menyuruh aku solat subuh.aku bangun dan mencapai tuala dan pergi ke tandas petronas untuk mandi…tetapi airnya sangatlah sejuk seperti aku rasa mandi di sungai congkak memang sejuk sehingga menggigil seluruh badan aku. Aku pon memakai baju dan ke surau bersebelahan dengannya …aku mengambil wuduk dan solat subuh dan yang syoknya adik aku membuka kipas yang betul2 berada dihadapan aku…aku merasakan aku berada di kutub utara hahahahahaha…

Setelah itu aku bersiap dan pergi ke kenderaan untuk mengemas barang ape yang patut.setelah itu ayah ku telah membawa ku sarapan dan sedap makanan di kulim ini.setelah kenyang kami pon meneruskan perjalanan dan melalui jalan yang sangat cantik dengan kabus dan kehijauannya membuatkan aku terpesona dengan keindahan nya ….Tetapi aku merasakan kesusahan kerana ianya jauh dengan pekan kulim dan bagaimana untuk aku membeli barang…aku membiarkan dulu perkara itu dan hanya berfikir untuk sampai ke tempat yang sepatutnya aku tujui…memang penuh dengan hutan sawit seram jugak aku kalau lalu malam di sini.

Sampainya aku di adtec kulim aku melihat kawan2ku telah sampai dan mereka bersiap2 untuk mendaftar.dan mereka menolak aku supaya aku pergi dahulu takut juga aku kalau ade yang salah..setelah memberi semua borang2 yang diperlukan.aku pergi untuk menangkap gambar untuk membuat kad matrik.setelah itu aku memberi borang pendaftaran dan borang pinjaman ptpk pada  encik2 yang sepatutnya.

Sebelum keluargaku balik ibu dan ayah aku telah menagis kerana aku berjauhan dari mereka ..aku pon menengankan mereka dan menyuruh mereka bersabar dengan ujian daipadan allah ini.hanya setahun inshaallah aku akan cube untuk menjadi kuat dan mencapai diploma teknologi telekomunikasi.

~Inshaallah~

No comments:

Post a Comment