Monday, 2 January 2017


Journey of life, way to adtec Kulim.

30/12/2016 , JUMAAT

Segala semua pasai borang resit medical checkout apa semua dah setel. sebenaqnya agak berat sebab terpaksa untuk guna semua duit travel ke jogja untuk bayaq semua pendaftaran tu. tapi takpa lah, duit boleh dicari, peluang nak masuk adtec sekali ja woi. so dengan kurang rela hati aku pun relakan diri untuk ke adtec kulim ( mak abah paksa ) hahahaha. petang tu, fahmi whatsapp aku untuk ajak pi tengah hari esok, dan dalam masa yang sama membe aku ajak p water abselling kat gunung jerai. tak lena tidoq malam tu sebab dok pikiaq nak pi yang mana. ahh haru.

31/12/2016, SABTU

Pagi tu aku pi gak abseilling kat gunung jerai, and aku try slowtalk dengan fahmi untuk pi petang sikit. nasib menyebelahi aku, fahmi pun setuju untuk pi lepas asaq. ngam, so aku pun join aktiviti water abseilling kat sana. malaih cerita panjang bab tu, tak penting pun haa. aktiviti abseilling habih pukui 3 cemtu, then aku pun rush terus balik ke rumah, dalam masa tu teringat nak gunting rambut. aku pun kona masuk ke kedai gunting rambut tu, dan gunting rambut aku supaya kemas la sikittt (actually aku tak suka botak, jujur aku cakap hahaha) so setel gunting aku pun terus balik rumah and packing barang-barang aku. barang-barang xdak lah banyak sangat sebab hujung minggu nak balik pulak so buleh la amek balik load barang lain. hahaha
 
Dalam pukui 5 lebih cemtu fahmi pun sampai. so aku pun lepas bersalam-salam dengan mak abah aku, kami pun gerak dari rumah aku ke rumah tumpangan sementara (rumah membe fahmi). perjalanan dari rumah aku ke rumah membe fahmi tu ambil masa dalam satu jam lebih jugak sebab kami ikut jalan bawah dan jalan agak sesak. dalam pukui 7 kami pun sampai ke istana sangkut member fahmi tu. rumah dia agak emm sikit , biasa la rumah bujang budak poli, dok pun 12 orang,  so agak pack sikit la. rasa macam mengacau pun ada sebab takut depa tak selesa. housemate dia ada yg friendly, but mostly diam ja , so aku pun naik segan nak buat buah mula sembang dengan depa. dalam pukui 8 lebih camtu, membe fahmi ni nak p gunting rambut. so aku dengan fahmi pun keluaq la cari makan sebab segan nak dok rumah depa . malam tu kami makan lepak tengok bola sampai la pukui 12, baru membe dia call kata habih gunting rambut. but wait , pukui 8 sampai 12 baru setel gunting rambut ?? 4 jam baru siapp !!? whattttttt. hahahaha . so kami pun balik ke rumah membe dia , dengan segala keletihan yang ada kami pun tidoqqqq.
 
1/1/2017, AHAD
Bangun subuh pagi tu, mandi-mandi apa semua ,dalam pukui 8 kami pun bergerak ke rumah muslim, membe yang masuk adtec sekali dengan kami jugak. pagi tu, kami lepak breakfast dulu kat area taman kenari, pekena roti canai dia dulu , sebab mus kata tu antara kedai roti paling sedap area tu. ternyata , memang roti canai dia power , tak menyesai bangun awai pagi hunt roti canai hahahaha. okay jauh dah melalut, lepas setel makan, kami pun gerak ke adtec kulim.
SESI PENDAFTARAN
Sesudah sampai di adtec kulim, kami pun bergegas masuk ke library, dimana acara pendaftaran berlangsung.
 
 
 

No comments:

Post a Comment