PERKATAAN VIRAL
Inilah yang dinamakan Rave iaitu jenis tarian baru yang menjadi fenomena dalam kalangan remaja Malaysia sekarang. Kumpulan remaja ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Ravers.
Kalau dulu mungkin kumpulan punk, skinhead, gothic, black metal dan sebagainya menjadi ikutan, kali ini kumpulan ravers nampaknya mula menjadi ikutan baru remaja kita.
Sebenarnya memang sudah banyak video ravers ini dimuat naik di Facebook dan kebanyakannya dikecam oleh ramai pihak
Kadangkala kami sendiri tidak faham apa yang sedang mereka lakukan kerana kalau dilihat pada tarian ini tiada step langsung dan hanya perlu menggerakkan tangan dan kaki saja.
Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai yang mengecam trend terbaru ini dan ada di antara netizen berasa geli hati melihat gelagat-gelagat ravers ini.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak video yang kami tonton, video gadis bertudung inilah yang paling menarik perhatian kami
Video ini telah dikongsi oleh satu akaun Facebook yang bernama John Nenen dua hari lepas dan sehingga kini telah dikongsi lebih dari 11,000 kali dan menerima 10,000 komen.
Seperti biasa, orang ramai mula mengecam dan pelbagai komen telah dilemparkan terhadap pelaku video ini. Mungkin juga disebabkan gadis ini bertudung, dia menerima begitu banyak komen yang kebanyakannya kedengaran negatif dan juga berunsur 'humour'.
Dalam pada itu, tidak semua yang mengecam tetapi mereka mempunyai pandangan mereka sendiri
Sebenarnya Rave adalah singkatan daripada perkataan 'Radical Audio Visual Experience' dan istilah pesta rave pertama kali dipakai pada tahun 1980-an dan 1990-an
Pesta rave selalunya diadakan pada waktu sebelah malam yang mana ia diiringi muzik berirama rancak dan pertunjukan lampu. Dalam pesta-pesta seperti ini DJ akan memainkan muzik seperti techno, trance dan sebagainya.
Menurut kamus urban pula, rave disifatkan seperti budaya remaja yang mengikuti pesta tari-menari yang mana DJ akan memainkan muzik rancak dan mereka akan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan dengan pergerakan yang laju, tidak tersusun dan sukar dijangka. Ya, sukar dijangka!
Pada akhir 1980-an, istilah rave dipakai untuk menggambarkan suasana pesta di Ibiza, iaitu sebuah pulau yang terletak di Lautan Mediterranean yang sering dikunjungi remaja Jerman dan Inggeris ketika bercuti.
Kemudiannya, Istilah rave dipakai untuk menjelaskan pesta-pesta liar dalam kalangan generasi remaja pada awal 1960-an. Variasi dari istilah rave adalah rave-up setelah dipopularkan oleh band The Yardbirds dari Amerika Syarikat.
Dalam masa yang sama, satu screenshot momen aplikasi WeChat juga telah menjadi viral apabila seorang gadis memberitahu bahawa akan ada satu pertempuran antara geng ravers dan hipster
Dan apa pula itu hipster? Hipster bermaksud gaya hidup masyarakat urban yang lebih moden dan berlainan. Mereka dikaitkan dengan muzik bebas (muzik indie dan underground) dan selera berpakaian yang sangat berbeza. Kini, ada pula sekumpulan remaja menggelar diri mereka sebagai 'Geng Hipster'.
Pada kami, tidak salah untuk meminati bidang seni tarian, cuma apa yang kami khuatiri trend barat seperti ini akan menjajah mentaliti remaja kita sekaligus terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat.
Seharusnya ibu bapa perlu lebih mengawasi anak-anak dan setiap aktiviti yang mereka lakukan haruslah dipantau selalu.
Ravers be like..
No comments:
Post a Comment