Wednesday, 4 January 2017

PERKTAAN YANG MENJADI VIRAL


Apa itu ciyus ? Maksud perkataan ciyus ini berasal daripada perkataan "serius".Ciyus adalah bahasa yang digunakan oleh kaum muda Alay di Indonesia sekitar pertengahan tahun 2012 yang belum dikenalpasti siapa penciptanya. Perkataan ciyus yang bermaksud serius(dalam bahasa indonesia/Malaysia) dan serious(dalam bahasa inggeris). Perkataan ciyus berkait rapat dengan miapah jika digabungkan mempunyai maksud sebuah ekspresi soalan tidak percaya kepada pernyataan lawan bicara. Perkataan ciyus sering kali digunakan pakai melalui teknologi dan media sosial seperti Blackberry, BB Messengger, Facebook (FB) dan Twitter. Contoh ayat yang digunakan "ciyus loh"? ("Serius loh"?) Gue gak percaya sama loh ! , Ciyus miapah ? (Serius demi apa) cuba buktikan ke gue..

Sistem pesanan ringkas(sms), alat yang menjadi penghubung diantara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa, penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar.

Penggunaan bahasa yang bercampur seperti Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris atau basahan (dialek) dalam situasi rasmi perlu dihindarkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindar daripada terjadinya satu komunikasi yang akan dianggap sebagai tidak serius.

 
 
 
Punca penggunaan BAHASA MELAYU SINGKATAN

* ingin cepat untuk menghantar pesanan/mesej
 
*ruang pesanan yang terhad(sms)
 
*budaya atau "trend" pada satu-satu masa tertentu
 
*menjimatkan masa mengeja sesuatu perkataan
 
*malas untuk mengikut kaedah tatabahasa
 
*teknologi semasa yang canggih
  -telefon bimbit dan internet
 
*kebebasan menulis sesuatu dalam ruangan maya/blog

 
 
 
Kesan penggunaan singkatan BAHASA MELAYU

*penggunaan tatabahasa dan ejaan yang salah
*mempengaruhi pelajar apabila ingin menulis
 
*menimbulkan salah faham dalam memahami bahasa singkatan
 
*menjatuhkan martabat Bahasa Melayu dan bangsa itu sendiri
*Mencemarkan kemuliaan agama dalam sesetengah penggunaan ayat(contoh: Akum)
 
*mengundang kepada masalah social

 
 
 
Langkah-langkah mengatasi:

*pengawasan ibu bapa dalam penggunaan Bahasa Melayu di rumah.
 
*Guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu menbezakan bahasa rasmi atau tidak rasmi.
 
*individu itu sendiri perlu menanam sifat cintakan Bahasa Melayu.
 
*Masyarakat perlu berganding bahu dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
 
*pihak berwajib melalui Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) perlu mengambil berat dan mengambil tindakan terhadap situasi Bahasa Melayu yang semakin serius.
 
*kerajaan perlu mengadakan kempen penggunaan Bahasa Melayu singkatan dengan betul terutamanya dalam kalangan pelajar.

 
 
 
Kesimpulan

*penggunaan singkatan dan simbol yang baku dalam penulisan khidmat pesanan ringkas,khususnya yang disiarkan dilayar televisyen sangat penting kerana khidmat pesanan ringkas tersebut boleh menpengaruhi penggunaan bahasa.
*Bentuk-bentuk emotikan yang lazim digunakan dan sudah difahami oleh pengguna khidmat pesanan ringkas juga boleh digunakan dalam penulisan khidmat pesanan ringkas
 
*Penggunaan bahasa khidmat pesanan ringkas yang baku juga perlu untuk menunjukkan bahawa maklumat yang disampaikan dalam khidmat pesanan ringkas itu merupakan satu maklumat yang rasmi dan boleh dipertanggungjawabkan.

No comments:

Post a Comment