Monday, 2 January 2017

Inline images 1

 TRAVELOG ADTEC KULIM
 
Pada hari Selasa kami mendapat pesanan daripada Ketua Bahagian tentang interview di adtec kulim. Pada hari tersebut , kami yang mana membuat permohonan untuk ke kulim kedah diminta membawa semua fail peribadi , resume dan sijil-sijil penting untuk di interview esok hari. Kemudian  setelah mendapat tahu tentang interview saya telefon ibu dengan ayah saya untuk menghantar semua fail peribadi. Kemudian waktu malam ibu dan ayah menghantar. Esok harinya adalah hari untuk sesi interview

Pada hari rabu adalah kami semua diminta ke bilik kuliah untuk menunggu panggilan interview seramai 28 orang dinterview. Pada pukul 2.30 pula adalah giliran saya untuk di interview bersama kawan.. Selepas sesi interview semua, masa untuk kami yang seramai 28 orang untuk menunggu jawapan tawaran ke adtec kulim. Hampir dah nak masuk cuti juga lah kami menunggu tawaran dari pihak adtec kulim. Selang sebelum dapat surat tawaran dari adtec kulim. Saya mendapat satu panggilan dari adtec kulim beliau minta alamat rumah. Esok kemudianya, sampai sahaja ke kelas saya mendapat satu mesej dari pihak adtec kulim kerana setelah menunggu untuk jawapan ke adtec kulim alhamdulilah saya dapat juga untuk menyambungkan pengajian di adtec kulim. Dengan perasaan yang gembira saya terus call mereka. Kemudian setelah mendapat tawaran dari mesej selang beberapa minit saya mendapat surat tawaran ke rumah dari adtec kulim saya dapat tahu dari whatsapp keluarga. Seramai 13 orang yang terpilih ke adtec kulim.

Kemudian setelah mendapat surat tawaran dari adtec kulim masa untuk  persiapan dan kelengkapan borang yang diberi dari adtec kulim. Dalam masa untuk persiapan saya bekerja untuk mencari duit untuk perkakas barang yang diperlukan untuk ke sana. Sebelum pergi kerja pagi tu adalah masa untuk selesaikan semua bahan yang mana perlu untuk diphotostat dan menyiapkan medical checkup. Masalah medical checkup adalah mengambil masa yang lama untuk beberapa minggu juga lah untuk disiap sebab urine untuk medical checkup kalau kerajaan mengambil masa dua atau tiga minggu untuk siap. Pesakit perlu turut ada untuk diperiksa. Banyak juga cara untuk selesaikan jadi ayah saya membawa saya ke hospital dekat situ juga mengambil masa lama juga sebab risau kalau tak siap medical chekup. Esok kemudiaanya pihak hospital menelefon untuk mengambil medical chekup. Kemudian petang untuk diperiksa untuk melengkapkan borang medical checkup. Last minit juga lah nak siapkan semua borang tu. Kemudian lengkap semua borang saya berjumpa dengan tok sidang untuk pengesahan borang. Hari rabu dua tiga hari sebelum masuk adtec kulim saya berhenti kerja hari khamis dan jumaat masa untuk membeli barang perkakasan untuk dibawa ke adtec kulim. Siap semuanya beli barang jumaat malam masa untuk mengemas semua barang yang mana perlu untuk dibawa.
 
 
 
 
 Inline images 3Inline images 4
 
 
 


Hari sabtu 31/12/16 siang hari periksa semua borang dan barang yang penting sebab bukan dekat nak ke kedah jadi saya periksa untuk tidak menyusahkan mereka nanti untuk menghantar barang. Kemudian waktu malam lepas isyak masa 9.30 malam masa untuk perjalanan kami bergerak ke kulim. Sebelum bergerak saya menyinggah ke rumah nenek. Siap semuanya masa untuk bergerak ke kulim. Pada pukul 10.30 malam juga untuk kami keluar dari tol ayer keroh. Kami meneruskan perjalanan kami sampai sahaja di rnr dengkil kami untuk berhenti berehat makan dan minum. Setengah jam juga lah kami berehat. Selepas berhenti berehat kami meneruskan perjalan ke kulim. Kemudian sampai di Bandar baharu kami masuk ke tol Bandar baharu. Pukul 4 juga untuk sampai ke Kedah. Waktu 4 pagi sampai sahaja di kulim kami mencari homestay setelah mendapat kunci dari tuan homestay kami mula berehat sehingga pukul 7 pagi.
 
 
 
 Ahad 1/1/17 adalah hari untuk pendaftaran ke adtec kulim. Sebelum ke sana. Kami sarapan berhampiran dengan homestay yang kami menginap. Kemudian sebelum masuknya ke Mahang kami singgah ke shell mengisi minyak. Kemudian kami teruskan perjalanan kami sehingga ke adtec Kulim. Dalam perjalanan kami ke adtec kami dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Pada jam 10 pagi tiba nya kami ke adtec kulim . Mengambil masa yang lama juga untuk gerak dari homestay ke adtec Kulim. Setelah sahaja tiba di adtec kulim saya ditemani keluarga saya kami disambut olef staf adtec Kulim dan saya diarahkan untuk ke kaunter pendaftaran manakala ibu bapa perlu diarahkan untuk mendengar taklimat ibu bapa. Setelah selesai pendaftaran  masa untuk pendaftaran asrama. Selesai semua untuk pendaftaran masa untuk ibu ayah pulang. Sebelum mereka gerak saya bersalam dengan mereka berat hati juga lah nak tinggalkan mereka waktu tu. Rasa sedih ada , rasa rindu nanti ada. Terlalu banyak sangat pergorbanan mereka pada anaknya. Sampai sahaja aku di sini niat aku untuk buat yang terbaik dan akan jadi yang terbaik untuk mereka satu hari nanti. Insha – All Amenn …

 



No comments:

Post a Comment